Urutan sukan dapat mengurangkan ketegangan otot, mempertingkatkan aliran darah dan mempercepatkan proses penyembuhan otot. Bahkan, urutan sukan juga merupakan cara kami mengenalpasti apa masalah yang otot anda alami.
Rawatan rehabilitasi adalah rawatan pemulihan yang berasaskan program senaman terapeutik. Program ini memerlukan ketelitian dan kesesuaian mengikut kemampuan seseorang pesakit. Program ini sama sekali tidak boleh direka secara umum untuk semua pesakit. Justeru, ia dapat meningkatkan semula kekuatan otot, fleksibiliti, dan koordinasi badan.
Latihan kecergasan otot adalah untuk meningkatkan kekuatan dan keseimbangan otot. Bahkan anda boleh mendapatkan badan yang anda idamkan jika anda menyertai program kami yang direka khas untuk anda sahaja (customade).
Program kesejahteraan korporat adalah berdasarkan keperluan syarikat dalam meningkatkan produktiviti pekerja. Hal ini kerana, kecederaan otot kerap berlaku ditempat kerja contohnya berpunca dari duduk yang terlalu lama di meja mengakibatkan posisi badan berubah dan tidak normal. Malahan boleh menyebabkan kecederaan seperti Slip Disc.
Program rawatan ini khas untuk membantu golongan tersebut kembali sihat dan ceria.
Pelbagai aktiviti sukan kami anjurkan seperti berkayak, hiking, paintball dan juga ATV untuk dilakukan bersama rakan dan keluarga.
Seni mempertahankan diri bukan sahaja bagus untuk keselamatan bahkan boleh dijadikan sebagai senaman kecergasan dan kesihatan. Bagaimana? Kami ada jawapannya.
Urutan sukan dapat mengurangkan ketegangan otot, mempertingkatkan aliran darah dan mempercepatkan proses penyembuhan otot. Bahkan, urutan sukan juga merupakan cara kami mengenalpasti apa masalah yang otot anda alami.
Spray bukan sekadar spray, teknologi yang ada pada SB96 pasti buat anda terkejut dan tergamam. Sakit otot dan sendi dah hilang!
Masih was-was mengenai pemakanan tambahan yang perlu anda ambil? Kami sedia jelaskan pada anda.
SIAPA YANG MEMERLUKAN SPORT MASSAGE..?
Saya sangat berbangga dan gembira dapat menerima seorang lelaki tua berusia 83 tahun sebagai pelanggan baru saya. Beliau merupakan atlit lagenda Ironman. Dimana Ironman merupakan sukan yang mempunyai 3 acara dalam satu sukan, berenang, berbasikal dan berlari.
Beliau juga merupakan penerima anugerah 'Hall of Fame Ironman Malaysia' yang pertama. Bahkan beliau pernah menamatkan 16x pertandingan Ironman, 5x di Kona dan juga kejuaraan dunia Hawaii-Ironman.
Justeru, beliau berminat untuk menerima rawatan pemulihan otot yang dialaminya bersama kami. Namun, kami berdua bersetuju bahawa program rawatan dan pemulihan ini tidak disusun untuk penawar, tetapi hanya untuk menguruskan kesakitannya dan mengajar tubuhnya untuk menyesuaikan diri dengan rasa sakit yang lebih tinggi, sehingga membolehkannya kembali ke beberapa latihan tanpa terlalu banyak penderitaan.
Wah! saya amat bernasib baik. Saya bersyukur dapat bekerjasama dengan legenda seperti dia. Kejayaan atau kegagalan, pengalaman itu mesti menyediakan banyak bahan untuk sebarang kertas atau tesis yang perlu saya hasilkan untuk memperoleh ijazah lanjutan dalam sains sukan dan PhD pada masa akan datang.
Kepuashatian anda adalah keutamaan kami
Isikan borang dan pihak kami akan hubungi anda secepat mungkin.




.jpeg)



.jpg)
